? ??????????????Butterfly Notes? ????? ?? ???Rating: 4.4 (5 Ratings)??38 Grabs Today. 9393 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Music Falls off the Page? ????? ?? ???Rating: 3.8 (16 Ratings)??37 Grabs Today. 18309 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, September 27, 2009

Fungsi Petempatan Luar Bandar
Aspek Ekonomi
Pertanian dan perikanan : Contoh petempatan luar bandar yang bertungsi sebagai pusat pengeluar hasil pertanian dan perikanan ialah Dataran Kedah-Perlis, Tanah Tinggi Cameron, dan Dataran Kelantan
Industri kecil : Contoh petempatan luar bandar yang menjalankan industri kecil ialah Kampung Bahagian, Air Hitam, Pulau Pangkor
Pembalakan : Contoh petempatan luar bandar yang bertungsi sebagai pengeluar sumber hutan ialah Sabah dan Sarawak
Rekreasi dan pelancongan : Contoh petempatan luar bandar yang menjalankan aktiviti agropelancongan ialah Taman Agro Sungai Udang dan Taman Agro Selandar
Perniagaan kecil-kecilan : Contohnya kedai runcit
Aspek Sosial
Kemudahan awam : Contohnya ialah pejabat pos, klinik desa, kemudahan teleton awam
Pendidikan : Contohnya ialah tadika, sekolah rendah, dan sekolah menengah
Budaya dan sosial : Balai raya, masjid, dewan orang ramai
Aspek Politik
Berfungsi sebagai pusat pentadbiran kecil-kecilan
Ketua Kampung atau Tok Sidang menjalankan fungsi pentadbiran di kampung dengan bantuan JKKK
Penghulu atau Penggawa mentadbir kampung
Tuai Rumah mengetuai rumah panjang
Tuai Batin mengetuai perkampungan orang asli

Pola Petempatan
Pola Petempatan Berselerak
Terdapat di kawasan luar bandar. Rumah dibina berselerak tanpa susunan yang tetap serta dipengaruhi juga oleh bentuk muka bumi.
Dibina di tanah pertanian yang dimiliki sendiri.
Terdapat di kawasan kebun-kebun kecil getah, kelapa dan padi.
Jarak antara bangunan adalah berjauhan antara satu sama lain.

Pola Petempatan Berjajar
Rumah dibina dalam satu barisan yang panjang lagi sempit.
Pola ini terdapat di sepanjang jalan raya, sungai, kaki bukit, permatang, benteng, tali air, dan pinggir laut.
Ia juga dikenali sebagai petempatan linear.

Pola Petempatan Berpusat
Rumah dirapat dan padat dalam satu kawasan.
Terdapat di kawasan seperti bandar, bandaraya, kampung baru, ladang getah dan ladang kelapa sawit.
Mempunyai jaringan jalan raya yang baik.
Petempatan berfungsi sebagai pusat pentadbiran, perindustrian, perdagangan dan perkhidmatan

Pola Petempatan Berkelompok
Petempatan berkelompok ialah susun atur rumah-rumah secara berkelompok di sesuatu kawasan seperti petempatan FELDA.
Petempatan jenis ini terdapat di simpang jalan raya, jalan kereta api dan muara sungai.
Susun atur rumah dan bangunan di petempatan berkelompok yang terancang adalah lebih teratur.

Petempatan Luar Bandar Dan Faktor Penentu Tapak
Terdiri daripada petempatan kampung dan pekan. Petempatan kampung mempunyai penduduk antara 1 hingga 1 999 orang. Petempatan pekan mempunyai penduduk antara 2000 hingga 9 999 orang. Menjalankan kegiatan pertanian dan perikanan seperti di Dataran Kedah-Perlis - menanam padi dan Pulau Ketam - petempatan nelayan
Faktor yang mempengaruhi petempatan luar bandar ialah seperti dalam jadual di bawah:
Faktor
Huraian
Bentuk muka bumi
Kawasan tanah pamah - Memudahkan pembinaan petempatan dan penanaman padi . Contoh: Dataran Kedah, Sungai Manik
Kawasan beralun - Sesuai untuk penanaman getah, kelapa sawit, dan nanas. Contoh: Dataran pantai barat SemenanjungMalaysia
Lembah di kawasan tanah tinggi - Sesuai untuk tanaman hawa sederhana. Contoh: Nalapak di Sabah
Sumber air
Untuk kegunaan harian, mengairi kawasan tanaman, dan aktiviti menangkap ikan.
Contoh: Sungai Perak, Sungai Kelantan
Tanih
Dataran sungai yang kaya dengan tanih aluvium yang kaya dengan tanih aluvium untuk penanaman padi
Contoh: Dataran Sungai Rajang
Kegiatan ekonomi
Pertanian, perikanan, perlombongan
Contoh: Kuala Sedili, Mukah, Kuala Besut
Ketersampaian
Berhampiran dengan jalan raya, sepanjang pinggir pantai, dan sungai
Contoh: Kampung Merang di Terengganu menghadap Laut China Selatan, Sungai Rajang dapat dimudiki hingga ke Kapit
Dasar kerajaan
Pembukaan tanah oleh FELDA
Contoh: Felda Jengka di Pahang, Felda Air Tawar di Kota Tinggi

Jenis Petempatan Di Malaysia
Jenis petempatan terbahagi kepada dua, iaitu petempatan bandar dan petempatan luar bandar. Faktor yang membezakan jenis petempatan ini ialah dari segi fungsi, saiz penduduk dan kepadatan penduduk. Jenis petempatan ini dapat dilihat seperti dalam jadual di bawah.
Petempatan bandar

Petempatan luar bandar

Ia mempunyai jumlah penduduk melebihi 10000 orang
Kepadatan penduduk adalah tinggi
Aktiviti ekonominya lebih mengutamakan perniagaan, perdagangan, perkilangan dan perkhidmatan
Contoh petempatan bandar ialah Kuala Lumpur, Ipoh, Kuching dan Kota Kinabalu

Ia mempunyai jumlah penduduk kurang daripada 10000 orang
Kepadatan penduduk adalah sederhana atau jarang
Aktiviti ekonominya lebih mengutamakan pertanian, pembalakan, perlombongan dan perikanan
Contoh petempatan bandar ialah Lenggong, Pengkalan Hulu, Bagan Datoh dan Beserah

Petempatan Awal Di Malaysia
Gua, muara sungai, dan tepi laut merupakan petempatan awal di Malaysia. Gua menjadi pilihan petempatan awal kerana terlindung daripada serangan musuh, binatang buas, dan cuaca buruk. Contoh kawasan gua ialah Gua Niah (Sarawak) dan Gua Kota Tampan di Lenggong (Perak)
Faktor-faktor yang menggalakkan petempatan awal di lembangan sungai ialah:
Kawasan rata yang subur dan tanih aluvium
Sungai membekalkan air untuk kegunaan domestik dan pengairan ke kawasan pertanian
Sungai membekalkan sumber makanan seperti ikan, udang, dan ketam
Sungai menyediakan jalan pengangkutan untuk pergerakan penduduk, perniagaan, dan perdagangan
Terlindung daripada ancaman binatang buas
Pertanian merupakan kegiatan utama di kawasan petempatan awal. Muara sungai menjadi petempatan awal disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
Tanah pamah dan tanih aluvium yang subur untuk pertanian.
Mudah memperoleh bekalan air
Sungai membekalkan sumber makanan
Sungai menyediakan jalan pengangkutan mudah dan utama
Kawasan muara sungai yang menjadi petempatan awal ialah Melaka (Sungai Melaka), Lembah Bujang (Sungai Merbok), dan Kerajaan Johor-Riau (Sungai Johor). Kawasan pantai juga menjadi kawasan petempatan awal kerana laut merupakan salah satu jalan pengangkutan utama.

Sejarah Petempatan awal
Pada masa dahulu, manusia hidup secara nomad. Mereka berpindah-randah untuk mencari makanan dengan memburu binatang dan mengumpul buah-buahan. Kira-kira 8 000 S.M, cara hidup mereka mula berubah. Manusia mula pandai mentemak binatang seperti lembu, biri-biri, dan kambing. Mereka juga menanam tanaman seperti padi, gandum, dan jagung. Perkembangan ini menyebabkan manusia tinggal dan menetap di sesuatu tempat. Seterusnya, manusia mempelbagaikan kegiatan dan menjalankan aktiviti bukan pertanian seperti perniagaan dan perkhidmatan.
Petempatan awal di dunia bermula di lembangan sungai, iaitu di Lembangan Sungai Tigris-Euphrates (Mesopotamia), Lembangan Sungai Nil, Lembangan Sungai Indus, dan Lembangan Sungai Hwang He. Keempat-empat petempatan awal ini juga merupakan tamadun yang paling awal. Lihat peta di bawah
Faktor-faktor yang menggalakkan manusia menetap di keempat-empat lembangan sungai tersebut adalah hampir sama. Keempat-empat kawasan ini mempunyai keadaan yang sesuai untuk petempatan dan aktiviti pertanian. Antaranya termasuklah:
Dataran sungai yang rata,subur, serta kaya dengan tanih aluvium.
Terdapat kawasan rumput untuk temakan.
Sungai yang menyediakan bekalan air tetap untuk kegunaan domestik dan pengairan.
Sungai menyediakan jalan pengangkutan serta pergerakan penduduk, perniagaan, dan perdagangan.